Iftar On-Time Beri Peluang Masyarakat Bersedekah & Kongsi Kata-Kata Semangat
Sedar tak sedar dah hampir sebulan kita berpuasa. Rasa sedih pula apabila Ramadan dah nak tinggalkan kita kan?
Bulan Ramadan kali ni boleh dikatakan agak mencabar dengan masalah cuaca yang tidak menentu dan juga gangguan pengangkutan awam sehingga menyebabkan ramai dalam kalangan kita gagal untuk berbuka tepat pada waktunya.
Memahami dilema yang dihadapi oleh sebahagian besar rakyat Malaysia, terutamanya mereka yang bekerja, FFM Online telah hadir dengan satu inisiatif bagi menggalakkan masyarakat untuk Iftar On Time.
Iftar On Time Galak Masyarakat Berbuka Tepat Pada Waktu
Kalau korang nak tahu, initiatif Iftar On Time telah pun bermula pada bulan lalu dengan kerjasama iMedia Asia.
Melalui portal digital Oh! Media dan Beautifulnara, kami telah mengajak followers untuk sama-sama bersedekah tapi yang uniknya, mereka tak perlu mengeluarkan wang.
Sebaliknya FFM Online yang akan menaja pek makanan ini dan sumbangannya akan dikreditkan kepada followers yang terpilih. Mereka ni juga diminta untuk memberikan kata-kata semangat kepada penerima pek makanan Iftar On Time. Sweet kan?
Pek Iftar On Time ini telah dibungkus oleh team iMedia Asia yang tak nak melepaskan peluang untuk membuat amal kebajikan di bulan Ramadan. Dalam setiap beg yang diedarkan terdapat pek nasi segera, susu kotak, roti serta penyegar mulut.
Kemudian pasukan ini bergerak ke MRT Sungai Buloh untuk mengedarkan 100 beg pek iftar kepada pengguna pengangkutan awam di situ.
Initiatif Bersedekah Iftar On Time FFM Online x iMedia Beri ‘Domino Effect’ Pada Masyarakat
Walaupun inisiatif ini kelihatan kecil tapi ia sangat bermakna kepada penerima. Bayangkan dah bersesak dalam pengangkutan awam untuk pulang ke rumah, tak tahu nak makan apa. Tapi nasib baik ada bungkusan Iftar On Time dapatlah mereka berbuka tepat pada waktunya.
Followers Oh! Media dan Beautifulnara pun rata-rata teruja dengan konsep sedekah seperti ini kerana mereka turut mendapatkan manfaat serta beri mereka semangat untuk membuat kebaikan.
Korang mesti ada yang tertanya-tanya FFM Online ni apa? Untuk pengetahuan FFM Online ni merupakan kedai dalam talian yang menawarkan pelbagai jenis produk keperluan harian seperti minyak masak, tepung, makanan dalam tin, minuman, produk rumah, penjagaan mulut dan makanan sejuk beku.
Paling penting kesemuanya dijual pada harga yang sangat berpatutan dan dihantar terus ke depan pintu korang. Tak perlu susah-susah nak keluar!
Untuk info lanjut mengenai FFM Online korang boleh ikuti mereka di Facebook.
Semoga usaha FFM Online ni dapat beri impak kepada kita semua untuk sentiasa berbuat kebaikan di masa hadapan.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source