“Patutnya Dah Tahu Dia Kaki Pusing Cerita” – Sarah Menyesal Tak ‘Record’ Video Masa Berbincang Dengan Syamsul
Pelakon, Puteri Sarah Liyana meluahkan rasa kesal kerana tidak merekodkan video perbualannya bersama suami, Syamsul Yusof ketika berbincang untuk menyelesaikan kemelut rumah tangga mereka pada 9 April lalu.
Menerusi hantaran di Instagram Story, Sarah telah mencadangkan kepada Syamsul untuk turut merekodkan perbincangan tersebut bagi tujuan rujukan semula.
Malah, pelakon berusia 37 tahun itu juga menjelaskan tujuan rekod video adalah supaya menjadi simpanan agar tiada tersalah kata dan sebagainya.
Bagaimanapun, Syamsul dilihat tidak bersetuju dengan cadangan yang diberikan oleh isterinya kerana menganggap perbincangan itu cukup hanya ditulis pada kertas.
Susulan itu, Sarah mengakui menyesal kerana dia sepatutnya sudah mengetahui tentang perangai pengarah filem Mat Kilau itu yang disifatkan sebagai ‘kaki pusing’.
Menyesal tak record video masa discussion malam tu. I should have known kaki spin pusin cerita.
Bagaimanapun, ibu kepada dua cahaya mata itu reda dengan perkara yang sudah berlaku namun berkongsi bukti perbualan mereka di aplikasi WhatsApp.
Takpelah, bulan Ramadan, Allah ada untuk jaga saya dan anak-anak.
Terdahulu, Syamsul membatalkan hasrat untuk melafazkan cerai terhadap Sarah kerana mendakwa isterinya telah menghantar syarat dan terma perceraian baharu yang bertentangan dengan apa yang dipersetujui sebelum ini.
Namun, Sarah menegaskan bahawa dia tidak pernah berjanji untuk menarik semula kes saman terhadap keluarga madunya, Ira Kazar semasa perbincangan tersebut dilakukan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source