“Puteri Sarah Tiba-Tiba Minta Duit Lebih Banyak”
Pengarah sensasi, Syamsul Yusof mengejutkan ramai apabila tidak jadi menceraikan isteri pertamanya pelakon Puteri Sarah hari ini.
Puteri Sarah memaklumkan dia tidak mahu menarik saman terhadap Ira Kazar menjadi punca suaminya itu tidak jadi melafazkan cerai. Malah, Puteri Sarah berkata Syamsul juga tidak bersetuju dengan jumlah nafkah dituntut untuk anak mereka serta meminta dikurangkan sebanyak 30 peratus.
BACA: Puteri Sarah Enggan Tarik Saman Ira Kazar Punca Syamsul Tak Lafaz Cerai
Sementara itu, menerusi satu perkongsian video di Instagram, Syamsul menjelaskan sebab dia tidak mahu melafazkan cerai hari ini. Syamsul mendakwa Puteri Sarah mengubah perjanjian asal yang dipersetujui mereka sebelum ini berhubung proses penceraian.
Menurut Syamsul lagi, isteirnya itu meminta sejumlah amaun yang dikatakan agak besar sebagai syarat untuk ‘dilepaskan’.
“Tiba-tiba saya dapat satu perjanjian baharu daripada Puteri Sarah dan peguamnya yang sangat berbeza daripada persetujuan asal.
“Pihak Puteri Sarah yang menukar.. meminta berlebih-lebihan, duit yang lebih banyak, meminta harta.. yang bagi saya tak masuk akal. Tapi, Puteri Sarah kata jangan bagitahu orang apa yang diminta. Memang saya tak beritahu.
“Jadi sekarang ni, dia putar cerita bahawa saya yang menukar perjanjian. Saya yang pusing cerita. Tidak, pihak Puteri Sarah yang menukar perjanjian secara tiba-tiba.
“Disebabkan Puteri Sarah tak mahu capai kata sepakat yang baik, menukar perjanjian asal, saya putuskan untuk lawan. Saya pelik juga pada asalnya tidak melibatkan kes nusyuz, Ira.. itu bukan isunya.
“Isunya kenapa tiba-tiba minta duit banyak lagi? Padahal apa diberikan dah lebih daripada perlu. Dia minta lebih dan lebih lagi. Jadi kita serahkan pada mahkamah,” katanya.
Dalam pada itu, Syamsul mendakwa Puteri Sarah meminta untuk dia menarik balik permohonan nusyuz mengatakan Puteri Sarah ada hubungan dengan suami orang dan Sarah menarik semila kes melibatkan isteri keduanya.
“Saya kata boleh tarik. Begitu juga dengan Puteri Sarah, kita tak nak panjangkan benda ini. Saya cakap dengannya saya tarik kes nusyuz dan dia juga tarik kes isteri kedua saya Ira,” katanya.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source