“Tuntutan Saya Tak Sampai RM1 Juta Pun”
Pelakon Puteri Sarah berkata dia tetap dengan pendirian dan tidak akan menarik kes saman terhadap keluarga Ira Kazar.
Memetik BH Online, Puteri Sarah berkata dia diberikan syarat jika mahu dilepaskan dia perlu menarik balik kes saman berkenaan.
BACA: Puteri Sarah Enggan Tarik Saman Ira Kazar Punca Syamsul Tak Lafaz Cerai
“Untuk apa saya berjuang selama ini? Jadi, syarat diberikan kalau mahu dilepaskan, saya kena tarik kes terhadap keluarga Kazar.
“Mengapa saya kena gugurkan? Kes saya dan Syamsul, itu antara saya dengannya, jadi kenapa nak campur adukkan?,” katanya.
Menurut Puteri Sarah lagi, suaminya turut meminta diskaun dalam tuntutan nafkah anak-anak dan mutaah, bagaimanapun dia enggan mendedahkan jumlah tersebut.
“Saya percaya saya di pihak yang benar. Syarat kedua, Syamsul minta diskaun tuntutan nafkah anak-anak dan mutaah. Saya tak mahu beritahu jumlah, nanti memalukan.
“Ini nafkah anak-anak pun nak minta diskaun. Selepas itu, suruh tarik kes terhadap keluarga Kazar, ini sudah melampau. Tuntutan saya tidak sampai RM1 juta pun,” katanya.
Dalam pada itu, Puteri Sarah tidak kecewa meskipun kemelut rumah tangganya masih tiada kesudahan lagi kerana dia akan tetap lawan demi anak-anak.
“Saya tidak larat mahu memuaskan puaskan orang lain. Sekarang saya sedang memperjuangkan hak anak-anak. Saya akan lawan demi anak-anak.
“Sememangnya, saya mengharapkan Syamsul melepaskan saya hari ini, tetapi demi anak-anak, saya akan lawan. Jadi, saya tidak kecewa dengan prosiding hari ini,” katanya.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source