“Pakai Tudung Sudah Pasti Masuk Syurgakah?”
Sering dikecam netizen susulan penampilannya yang masih berpakaian ketat dan tidak memakai tudung, selebriti Ifa Raziah sedar memakai tudung adalah wajib namun mungkin belum tiba waktunya lagi.
Memetik Utusan Online, Ifa turut meluahkan rasa dengan sikap segelintir netizen yang suka menghukum seseorang dari segi luaran.
BACA: Ifa Raziah Hadiahkan Anak Kereta BMW Sempena Hari Jadi Ke-17
“Bab ini susah mahu jawab. Mungkin belum sampai waktu. Saya tahu, memakai tudung adalah wajib. Tetapi itu antara saya dengan Tuhan. Doakan saya.
“Tetapi segelintir netizen kita memang suka menghukum. Yang seksi, tak pakai tudung, semua jahat bagi segelintir mereka.
“Siapa kita nak hukum manusia lain? Kenapa kita mahu buat kerja Tuhan? Belum tentu yang bertudung itu baik, begitu juga sebaliknya. Soal keikhlasan hati, hanya Tuhan sahaja tahu,” katanya.
Bagaimanapun, Ifa berkata dia tidak berkecil hati dengan sikap netizen yang suka menghukum malah sudah lali dengan kata-kata negatif.
“Sampai masa nanti, bila saya pakai tudung, jangankan setakat dada, mata pun saya akan tutup. Saya akan berubah drastik itu. Tetapi hanya Tuhan sahaja yang akan menggerakkan hati saya,” katanya.
Dalam pada itu, Ifa berkata sebagai manusia biasa sudah pasti tidak terlepas melakukan kesilapan. Ujarnya dia terbuka menerima terguran namun jangan sampai menghina.
“Tetapi kalau tegur sehingga seolah-olah ada cop mohor masuk syurga, itu tak boleh. Kita tidak tahu apa yang akan berlaku kelak. Doakan sahaja yang baik-baik untuk orang lain,” katanya.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source