Negeri Sembilan FC lolos ke suku akhir
SEREMBAN – Negeri Sembilan FC (NSFC) mara ke pusingan suku akhir Piala FA selepas menewaskan kelab Liga M3, PIB Shah Alam FC 2-0 dalam perlawanan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi di sini malam ini.
Tuan rumah dilihat lebih banyak menguasai perlawanan namun separuh masa pertama buntu dengan jaringan.
Negeri Sembilan hampir mendapat gol pendahuluan pada minit ke-13 apabila tandukan Filemon Anyie Standly hasil hantaran Da Silva tersasar di atas palang gol PIB Shah Alam.
Pasukan pelawat mendapat peluang pada minit ke-20, namun sepakan Ahmad Ikhwan Hafiz berjaya ditampan perjaga gol Negeri Sembilan, Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman.
Pada minit ke-27, Casagrande cuba memecah kebuntuan tetapi sepakan gunting pemain itu di depan pintu gol lawan berjaya ditepis penjaga gol Izzat Abd. Rahim.
Negeri Sembilan yang bermain di laman sendiri sekali lagi hampa apabila larian pantas Mahalli Jasuli di kiri gol lawan gagal menyepak tepat ke gawang PIB Shah Alam pada minit ke-30.
Memasuki separuh masa kedua, gol yang dicari muncul pada minit ke-51 apabila Casagrande menggunakan kelebihan ketinggian badannya menanduk masuk hantaran daripada sepakan percuma Che Rashid Che Halim di luar kotak penalti.
Jaringan tersebut telah meningkatkan motivasi para pemain tuan rumah untuk terus memburu gol.
Pemain gantian pasukan tuan rumah, Muhammad Shahrel Fikri Md. Fauzi kemudian menjaringkan gol kedua dengan tandukan daripada sepakan sudut oleh seorang lagi pemain gantian, Mohamad Zamri Ramli pada minit ke-80.
Skuad Jang terus memburu gol namun sehingga tamat perlawanan keputusan kekal dengan 2-0 memihak tuan rumah.
Dengan kemenangan itu, Negeri Sembilan akan menentang Selangor pada saingan suku akhir selepas pasukan Red Giant itu menumpaskan Pahang 4-0. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source