Mara lulus RM15 juta, tukar laptop guru, staf MRSM
PETALING JAYA: Majlis Amanah Rakyat (Mara) meluluskan peruntukkan sebanyak RM15 juta bagi membiayai proses penukaran komputer riba lama guru-guru dan kakitangan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) secara berperingkat.
Pengerusinya, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, keputusan itu dibuat selepas ramai guru-guru di sembilan MRSM yang dilawati sebelum ini mengadu mereka terpaksa bergantung kepada komputer riba lama.
Lebih menyedihkan, katanya, rata-rata usia komputer riba tersebut sudah menghampiri 10 tahun.
“Pagi ini selepas bertadarus dengan Bahagian Teknologi Maklumat MARA, saya mendengar sendiri taklimat proses penukaran laptop-laptop lama dalam masa terdekat dan segera.
“Tentunya tanpa berkompromi dengan segala prosedur operasi standard (SOP), tata kelola dan tata cara perolehan dan aspek ketelusan,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.
Sehubungan itu, Asyraf Wajdi mengharapkan keputusan itu dapat lebih memberikan semangat dan perangsang kepada para pendidik di 55 MRSM bagi meneruskan agenda transformasi anak bangsa. – UTUSAN
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source