Hampir 1 juta penagih dadah amat menggerunkan – MASAC
PETALING JAYA – Majlis Penyalahgunaan Bahan Malaysia (MASAC) berpandangan hampir 1 juta pengguna dadah dianggarkan terdapat di negara ini merupakan suatu angka yang amat menggerunkan.
Setiausaha Agungnya, Raja Azizan Suhaimi berkata, jumlah tersebut perlu ditangani secara drastik dan holistik dari sekarang kerana ia seperti api dalam sekam yang menunggu masa untuk membakar.
Ujar beliau, jika tidak dibanteras dari sekarang, MASAC tidak terkejut, dalam hanya masa beberapa tahun ini kemungkinan besar suku daripada keseluruhan rakyat Malaysia akan menjadi penagih dadah terutama golongan belia.
“Keadaan ini sekiranya terjadi akan memberi kesan kepada tenaga kerja tempatan, ekonomi negara dan juga keabsahan pemerintahan serta keselamatan politik.
“Jika benar negara ada 1 juta penagih dadah, ia akan memberi kesan kepada sekurang-kurangnya enam jiwa bagi setiap seorang penagih dadah iaitu anak-anak, adik-beradik, pakcik makcik, saudara, atuk nenek, isteri atau ibu bapa.
“Mereka berdepan tekanan hidup, depressi dan lain-lain kesan malu, takut, kecewa dengan seorang penagih dadah ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau mengulas pendedahan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) terdapat kira-kira 137,176 penagih dadah yang sedang mendapatkan rawatan di pusat pemulihan kerajaan dan swasta ketika ini.
Bagi setiap seorang yang mendapatkan rawatan berkenaan, dianggarkan terdapat tujuh lagi yang turut menghadapi permasalahan sama, tetapi tidak dapat dikesan pihak berkuasa.
Raja Azizan berkata, anggaran seramai 1 juta penagih dadah itu juga bermaksud telah ada hampir suku rakyat Malaysia dalam kalangan ahli keluarga penagih dadah yang terkesan.
Menurut beliau, hampir suku rakyat Malaysia itu yang dipanggil sebagai produk hiliran penagih dadah akan mempunyai kecenderungan mengalami sakit mental, sakit jantung mahupun darah tinggi.- KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source