Isteri Hafidz Roshdi Umum Hamil Anak Ketiga, Akui Bimbang Tekanan Melampau Beri Kesan Pada Bayi
Isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada memaklumkan bahawa dia kini sedang hamil dan usia kandungan sudah memasuki usia 10 minggu.
Memetik mStar, Shuhada berkata dirinya perlu kuat dan tabah meskipun terpaksa menghadapi pelbagai tekanan daripada isu rumah tangga yang dihadapinya kini.
Difahamkan, dia kini sedang mendapatkan rawatan mengenai masalah tekanan depresi yang dihadapinya kini bagi terus kuat untuk menjaga dua anaknya, Humairah dan Umar.
Halangan terbesar sekarang ialah usia kandungan masih awal. Saya tidak boleh ambil ubat hospital untuk kurangkan tekanan.
Saya takut ia akan memberi kesan kepada bayi dalam kandungan. Sekarang saya kena kuat berjuang tanpa ubat.
Perkara tersebut turut diuar-uarkan Shuhada menerusi satu hantaran di Instagram miliknya.
Dalam pada itu, Shuhada turut memberitahu bahawa dia telah jatuh pengsan ketika melakukan pemeriksaan di hospital akibat badan terlalu lemah.
Tadi saya jatuh pengsan. Doktor minta saya berbuka puasa kerana bimbang membahayakan kandungan. Saya termenung serabut, air mata tak henti mengalir.
Terdahulu, kemelut rumah tangga antara pasangan ini masih belum berakhir apabila kes tuntutan pengesahan lafaz cerai dibuat Hafidz terhadap isterinya itu ditangguhkan selepas sambutan aidilfitri.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source