41 rangka keturunan ‘Penang Women’ akan dibawa pulang Januari depan
KUALA LUMPUR – Sebanyak 41 rangka dipercayai ‘Penang Women’ yang kini berada di Muzium Kebangsaan Natuurhistorisch, Lieden, Belanda akan dibawa pulang ke Malaysia selewat-lewatnya Januari tahun depan.
Ketua Arkeologi Negeri Pulau Pinang, Prof. Datuk Dr. Mokhtar Saidin berkata, Kerajaan Belanda telah bersetuju menyerahkan rangka-rangka tersebut selepas lawatan kerja pihaknya bersama Kerajaan Pulau Pinang pada Mac lalu.
Jelasnya, rangka yang ditemui sekitar tahun 1863 itu telah dibawa ke Belanda pada tahun 1936 dan di tempatkan di dua lokasi iaitu Universiti Utrecth dan Muzium Kebangsaan Natuurhistorisch untuk dianalisis.
Kata Mokhtar, rangka-rangka manusia itu telah dikaji oleh dua pengkaji sebelum ini iaitu Teuku Jacob dan Bullbeck.
“Pada tahun 2021, Kerajaan Belanda telah mengeluarkan notis pemulangan semula artifak (rangka-rangka manusia) ke negara asal.
“Semasa lawatan saya bersama Kerajaan Pulau Pinang pada Mac lalu di Collection Centre Netherland Amersfoort mereka (Kerajaan Belanda) telah menyerahkan empat kotak yang mengandungi 41 rangka manusia yang mempunyai kod-kod tersendiri.
“Antara yang terkandung dalam kotak tersebut adalah tulang, gigi dan tengkorak. Ia dipercayai milik individu dewasa, remaja dan kanak-kanak dipercayai keturunan ‘Penang Women’,” katanya.
Beliau berkata demikian pada Bicara Arkeologi, Menjejaki Rangka Neolitik Berusia 5,000 hingga 6,000 tahun dari Guar Kepah ke Leiden, Belanda di sini hari ini.
Mokhtar berkata, tulang-tulang tersebut akan dibawa pulang ke Malaysia selepas Galeri Arkeologi Guar Kepah, Pulau Pinang siap sepenuhnya pada Januari depan. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source