Wan Maimunah Sedih Hanya Dibayar RM200 Jayakan Telefilem
Pelakon veteran Wan Maimunah mengakui sedih apabila hanya ditawarkan bayaran sebanyak RM200 untuk membintangi sebuah telefilem, bulan lalu.
Memetik Harian Metro, pelakon berusia 65 tahun itu berkata isu bayaran rendah kepada pelakon veteran sering diluahkan pelakon lain namun masih tiada jalan penyelesaian.
BACA: Produksi Culas Buat Bayaran, Wan Maimunah Terpaksa ‘Mengemis’ Dapatkan Haknya
“Saya tidak merajuk dan masih sayangkan karier lakonan ini kerana sudah sebati dengan diri. Tapi, bila fikirkan bayaran tidak setimpal dan amat rendah, lebih baiklah saya duduk di rumah dan berehat. Rezeki Allah itu luas dan ada di mana-mana.
“Cuma, rasa sedih itu membuat hati saya sebak mengenangkan RM200 saja ditawarkan untuk berlakon sebuah telefilem. Jumlah babak mesti banyak dan sudah tentu memenatkan. Tapi, tak apalah memang bukan rezeki saya,” katanya.
Sementara itu, Wan Maimunah berkata dia mengambil tawaran berlakon dengan pengarah yang paling dipercayai seperti Rashid Sibir apatah lagi sudah banyak kali bekerjasama.
“Untuk tahun ini, saya ada membintangi drama arahan Rashid. Itu pun saya terima kerana kami sudah kenal lama sejak dia (Rashid) baru habis belajar di universiti dulu. Malah, saya pun dah banyak berlakon dengan Rashid sebelum ini,” katanya.
Dalam pada itu, Wan Maimunah berkata dia lebih sanggup menerima tawaran daripada syarikat produksi baharu kerana bayaran ditawarkan jauh lebih baik berbanding bekerjasama dengan syarikat produksi lama.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source