Tersasar potong ayam, Sahronizam Noor putus jari kelingking
PETALING JAYA – Pelakon Sahronizam Noor kehilangan hampir separuh jari kelingking apabila pisau yang digunakan semasa memotong ayam tersasar terkena bahagian jari tangan kanannya pada kejadian malam semalam.
Anak tirinya, Daniel Hairi, insiden berkata, tersebut berlaku selepas mereka sekeluarga selesai berbuka puasa. Susulan insiden cemas tersebus Shahronizam terus dibawa ke Hospital Ampang bagi mendapatkan rawatan namun jari kelingking yang putus tidak dapat disambung semula.
“Kami baru sahaja selesai menjamah hidangan berbuka puasa. Abah (panggilan untuk Sahronizam) kemudian pergi dapur mahu memotong ayam untuk diberikan kepada kucing peliharaan kami.
“Tetapi pisau yang dipegang tersasar lalu terkena jari kelingkingnya sehingga terkulai.
“Melihat kecederaannya yang dialaminya, kami terus membawa abah ke hospital untuk mendapatkan rawatan segera,” katanya ketika dihubungi.
Kongsi pemuda berusia 22 tahun itu, pendarahan berjaya dihentikan namun urat arteri yang terputus menyebabkan jari kelingking tersebut tidak dapat disambung.
Doktor pakar juga mengesahkan jari kelingking pelakon Pontianak Harum Sundal Malam itu tidak dapat diselamatkan.
Mengenai keadaan terkini Sahronizam yang juga suami kepada penyanyi Safura Ya’cob itu, Daniel memaklumkan bapa tirinya berada dalam keadaan stabil, selain reda berdepan dugaan Ramadan.
Daniel merupakan anak Safura dengan bekas suami terdahulu yang juga anggota kumpulan Kool, Hairie Yaacob. Selain Daniel, Sahronizam dan Safura yang berkahwin sejak 2015 mempunyai empat prang cahaya mata. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source