Dua lelaki Indonesia lolos ketika perjalanan pulang dari Mahkamah Kota Tinggi
JOHOR BAHRU – Dua lelaki warganegara Indonesia melarikan diri semasa dalam perjalanan dari Mahkamah Kota Tinggi ke Penjara Ledang di Jalan Felda Inas menghala ke Sengkang, pagi hari ini.
Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow berkata, dua orang kena tuduh (OKT) berusia 36 dan 40 tahun berkenaan sepatutnya menjalani hukuman penjara selama enam bulan di Penjara Ledang.
Beliau berkata, kira-kira pukul 8 pagi tadi, suspek bersama dua OKT warganegara Indonesia yang lain telah dibawa ke Mahkamah Kota Tinggi bagi pertuduhan dibawah Seksyen 5(2) Akta Imigresen 1959/63.
Katanya, kesemua OKT terbabit ditangkap oleh pihak Anggota Penguatkuasa Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) kerana dipercayai tidak mempunyai pas atau dokumen yang sah masuk ke Malaysia.
“Pada pukul 11.20 pagi, seramai tiga orang anggota Maritim Malaysia telah ditugaskan membawa empat OKT warganegara Indonesia dari Mahkamah Kota Tinggi ke Penjara Ledang setelah selesai pertuduhan.
“Semasa dalam perjalanan, dua OKT telah berjaya membuka gari berantai dan membuka pintu belakang van kemudian melarikan diri masuk ke dalam kebun kelapa sawit terbiar berhampiran di Jalan Felda Inas menghala ke Sengkang,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beng Yeow berkata, Op Tutup telah dijalankan dan pasukan anggota risikan dan operasi Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai telah dimaklumkan berkenaan kejadian ini bagi mengesan serta tangkap kedua-dua suspek.
“Pihak polis daerah Kulai meminta kerjasama orang awam sekiranya mempunyai maklumat berkenaan suspek yang melarikan diri itu untuk menghubungi bilik gerakan daerah Kulai di talian 07-6637222,” ujarnya.-KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source