“Puteri Sarah Tetap Akan Jadi Menantu Kesayangan Kami”
Pengarah dan penerbit, Datuk Yusof Haslam reda dengan keputusan dibuat anak menantunya, Syamsul Yusof dan Puteri Sarah yang sepakat bercerai secara baik.
Memetik Harian Metro, Yusof mengakui dia dan isterinya, Datin Patimah Ismail sedih perkahwinan anak menantunya itu bakal berakhir namun dia berharap menjalin hubungan baik demi anak-anak.
BACA: “Berkat Ramadan, Solat Tahajud Segalanya Dipermudahkan” – Puteri Sarah
“Walaupun sedih, Sarah sendiri ada alasan yang kuat dan dia tetap akan menjadi menantu kesayangan kami. Syamsul pun jangan lupa tanggungjawab terhadap anak-anak.
“Bila sudah jadi bekas isteri, kami harapkan hubungan mereka takkan terus keruh. Semoga mereka berdamai dan terus jalin silaturahim kerana kita pun tidak tahu apa boleh berlaku pada masa hadapan.
“Itu kami serahkan kepada Tuhan namun yang penting biarlah segala krisis dan konflik mereka berakhir. Kalau keruh, nanti jadi tak sihat, jangan ada permusuhan pun,” katanya
Sementara itu, Yusof berkata beliau menghormati keputusan anak menantunya itu serta memaklumkan tidak akan hadir ke mahkamah untuk prosiding lafaz cerai pasangan itu pada 18 April ini.
“Itu keputusan terbaik yang mereka ambil, kami hormat. Kami tak nak pilih kasih dan biarlah berada di tengah-tengah. Apapun, yang penting semoga ia takkan jejaskan hubungan dengan anak-anak,” katanya.
Pagi tadi, Syamsul dan isteri pertamanya, Puteri Sarah hadir di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan bagi sebutan laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP).
Bagaimanapun, keduanya sudah mencapai kata sepakat bercerai secara baik dan mahkamah menetapkan 18 April ini untuk Syamsul melafazkan cerai.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source