Gara-gara bising, lelaki pecahkan cermin kereta jiran
PUCHONG – Seorang lelaki tempatan ditahan polis kerana melakukan khianat dengan memecahkan cermin kereta milik jirannya di kawasan perumahan Taman Puchong Perdana, di sini, petang Khamis lalu.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, pihaknya menerima aduan berhubung kejadian daripada seorang wanita tempatan yang berusia 24 tahun.
Dalam kejadian sekitar pukul 5 petang itu, pengadu yang berada di dalam rumahnya mendapati jirannya (suspek) telah melakukan khianat sehingga memecahkan cermin kereta jenis Perodua Axia miliknya.
“Suspek berusia 36 tahun terbabit ditahan pihak polis berserta sebatang kayu yang digunakan sewaktu kejadian turut dirampas.
“Hasil siasatan mendapati punca kejadian ini berlaku disebabkan suspek mengalami tekanan jiwa selepas hilang pekerjaan dan melepaskan geram kerana rumah pengadu selalu membuat bising,” jelasnya dalam kenyataan hari ini.
Menurut beliau, suspek yang menganggur berkenaan tidak mempunyai sebarang rekod jenayah.
“Suspek telah dituduh di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan pada Jumaat lalu dan didenda sebanyak RM3,300 setelah mengaku bersalah terhadap pertuduhan.
“Bagaimanapun, suspek gagal membayar denda dan kini sedang ditahan di Penjara Kajang bagi menjalankan hukuman penjara selama enam bulan,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source