Muda jangan ajar mahasiswa jadi biadap
PETALING JAYA: UMNOsiswa meminta Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) tidak membuat apa-apa tindakan yang boleh mempengaruhi pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) menjadi seorang mahasiswa yang biadab.
Ketua Penerangannya, Firdaos Yusof berkata, isu Presiden Muda, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dihalang baru-baru ini dijadikan propaganda oleh parti itu serta sayap mahasiswa mereka dalam menggambarkan IPT hari ini masih lagi dibelenggu undang-undang menyekat suara mahasiswa.
Walhal, katanya, program tersebut dianjurkan tanpa mengikut prosedur yang betul dan ditetapkan oleh pihak pengurusan Universiti Teknologi Mara (UiTM) dengan ia diakui sendiri oleh Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM.
“Jadi, adakah perkara yang Muda perjuangkan ini adalah untuk menegakkan benang yang basah semata-mata?
“Mereka yang tidak patuh undang-undang, mereka pula yang marah undang-undang. Muda mahu ajar mahasiswa hari ini jadi mahasiswa yang biadab tidak berperaturan ke?” Soalnya dalam satu hantaran di Instagramnya, semalam.
Media sebelum ini melaporkan, dialog antara Syed Saddiq yang juga Ahli Parlimen Muar bersama pelajar UiTM yang dijadualkan berlangsung Mac lalu, gagal selepas dihalang memasuki universiti tersebut.
Ia berikutan pihak pengurusan memberikan alasan bagi menjaga keharmonian universiti. – UTUSAN
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source