“Farid Seorang Bapa Yang Kasihkan Anak-Anak, Kuat Berpegang Pada Tali Allah”
Pelakon dan pengarah Ellie Suriaty menyifatkan aktor, Farid Kamil seorang suami yang baik terhadap isterinya, Diana Danielle. dan bapa yang penyayang terhadap dua anaknya.
Menerusi komen di Instagram Farid, Ellie turut memuji aktor itu seorang bapa yang penyayang terhadap dua anaknya iaitu Muhammad dan Nur Aurora.
BACA: “Dia Boleh Beli Kereta Baru, Beli Cincin Berapa Ribu Tapi Nafkah & Hutang Masih Tergantung”
“Farid seorang suami yang baik, seorang bapa yang sangat-sangat kasihkan anak-anaknya iaitu Che Mat dan Aurora… Farid Kamil kuat berpegang pada tali Allah SWT,” tulisnya.
Dalam pada itu, Ellie turut mendoakan agar segala urusan Farid dipermudahkan serta mengatakan pasti ada hikmah di atas apa yang berlaku.
“Pasti ada hikmah Allah SWT untuk Farid Kamil. Semoga Allah SWT permudahkan segala urusan Farid Kamil di dunia akhirat Allah SWT sehingga ke syurgawi jannah,” tulisnya.
Terdahulu, Diana mendedahkan suaminya yang juga aktor Farid Kamil sudah tidak membayar nafkah selama empat bulan malah turut berhutang dengannya.
Diana turut mempersoalkan, suaminya boleh membeli kereta baru cincin harga beribu ringgit namun nafkah dan hutang masih belum diselesaikan.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source