Dua maut, kereta dinaiki langgar pokok sebelum jatuh sungai
BATU PAHAT – Dua lelaki disahkan meninggal dunia selepas kenderaan dinaiki terbabas dan terjunam ke dalam Sungai Parit Kuari di Parit Raja di sini pagi hari ini.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, kejadian yang berlaku kira-kira pukul 6.30 pagi di Kilometer 6, Jalan Parit Botak – Ayer Hitam itu melibatkan mangsa berusia 21 dan 22 tahun.
Katanya, hasil siasatan awal mendapati kejadian berlaku ketika kedua-dua mangsa dalam perjalanan daripada Parit Tengah menuju ke Ayer Hitam.
“Sebaik sampai di lokasi, kereta dinaiki dikatakan hilang kawalan dan terbabas ke sebelah kanan jalan seterusnya melanggar satu papan tanda sebelum terjatuh ke dalam Sungai Parit Kuari.
“Susulan itu, Pasukan Bomba dan Penyelamat dari Balai Bomba Ayer Hitam dikejarkan ke lokasi untuk membantu mengeluarkan mangsa yang terperangkap di dalam kereta,” katanya melalui kenyataan hari ini.
Menurut Ismail lagi, punca sebenar kematian masih belum di kenal pasti, mayat kedua-dua mangsa dirujuk ke Hospital Sultanah Nora Ismail untuk proses bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Sementara itu, Komander Operasi dari BBP Ayer Hitam, Penolong Penguasa Bomba Mohd Shamin Mohamed Salikin berkata, seramai tujuh anggota dibantu sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dikejarkan ke tempat kejadian.
“Terdapat dua lelaki dewasa terperangkap dalam kereta itu ketika bomba sampai lokasi kejadian. Tindakan operasi mengeluarkan mangsa dengan menggunakan peralatan khas sehingga selesai.
“Kedua-dua mangsa telah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pembantu pegawai perubatan yang hadir. Mayat kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” ujarnya – KOSMO! ONLINE.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source