Empat warga Indonesia direman kes curi wang zakat fitrah
KANGAR – Seramai empat lelaki warga Indonesia direman hingga Ahad ini bagi membantu siasatan kes curi wang kutipan zakat fitrah di Kangar Jaya pada Rabu lalu.
Suspek berusia antara 39 hingga 48 tahun itu ditahan di beberapa lokasi sekitar negeri ini semalam selepas menerima aduan mangsa berusia 63 tahun pada hari sama.
Menurut sumber, dalam kejadian pada pukul 11.25 pagi itu, mangsa baru sahaja selesai membeli kipas elektrik di sekitar Kangar Jaya.
“Apabila mangsa sampai di kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux berwarna putih miliknya, dia terkejut melihat cermin tempat duduk pemandu dipecahkan.
“Mangsa memeriksa keadaan kenderaannya dan mendapati wang tunai hasil kutipan zakat fitrah berjumlah RM22,000 hilang kerana dipercayai dilarikan,” katanya.
Tambahnya, dua buku resit kutipan zakat fitrah dan senarai nama asnaf sebuah mukim di Perlis turut hilang.
“Kejadian itu dirakam oleh kamera televisyen litar tertutup (CCTV) dari sebuah kedai menjual perkakasan rumah dan elektrik di lokasi kejadian.
“Berdasarkan rakaman tersebut, polis memberkas empat lelaki bekerja sebagai buruh kontrak dan peniaga ‘bundle’ diberkas di sekitar Perlis,” jelasnya.
Ketua Polis Perlis, Datuk Surina Saad mengesahkan tangkapan tersebut dan kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source