“Farid Banyak Menangis, Tak Tunjuk Masalah Rumah Tangga”
Pelakon Johan As’ari mengakui terkejut dengan kemelut rumah tangga melanda Farid Kamil dan isterinya, Diana Danielle apatah lagi pasangan itu baru mengerjakan ibadah umrah pada Februari lalu
Memetik BH Online, Johan berkata ketika di Tanah Suci pasangan itu dilihat baik-baik sahaja serta berharap mereka tidak berpisah.
BACA: “Kenyataan Diana Bercanggah Dengan Laporan Polis” – Farid Kamil
“Semasa di Makkah, saya memang tidak tahu mereka ada masalah rumah tangga. Bagi saya, mereka kelihatan baik-baik sahaja dan nampak bahagia.
“Bila sudah balik ke Malaysia, saya memang terkejut bila dapat tahu hubungan mereka mempunyai masalah. Bagaimanapun, saya tetap mendoakan yang baik-baik.
“Saya berharap mereka tidak berpisah dan dapat berbaik semula. Saya sedih jika Farid dan Diana berpisah sebab saya adalah peminat mereka,” katanya.
Berkongsikan mengenai keadaan Farid ketika menunaikan umrah, Johan berkata aktor itu dilihat banyak menangis dan tidak putus-putus solat.
“Ketika tawaf, Farid banyak menangis dan semasa saie pula masih sebak. Setiap rutin dilakukan itulah yang boleh ceritakan mengenai keadaan Farid.
“Masuk Raudah (taman syurga) di Masjid Nabawi pula, Farid tidak putus-putus solat. Selepas beri salam, Farid bangun solat dan menangis ketika sujud, saya berada di sebelahnya ketika itu,” katanya.
Dalam pada itu, Johan menyifatkan Farid seorang suami yang baik serta sentiasa menjaga nama baik kelurganya.
“Farid sangat menjaga keluarganya. Saya tidak pernah dengar sedikit pun merendahkan isterinya, malah sentiasa memujinya di hadapan saya. Dia suami yang bagus dan sangat menjaga nama keluarga,” katanya.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source