Johor tetap larang jual beli vape
JOHOR BAHRU: Johor tetap dengan keputusan tidak membenarkan penjualan rokok elektronik atau vape seperti dikuatkuasakan sejak 2016.
Ia ditegaskan walaupun cukai peranti itu dikuatkuasakan bermula 1 April lalu.
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Mohd. Jafni Md. Shukor berkata, larangan sejak tujuh tahun lalu itu masih terpakai melibatkan jual beli vape termasuk perisanya sama ada dalam bentuk gel atau cecair, khususnya yang mengandungi nikotin.
“Tiada sebab Johor ubah pendirian berhubung larangan menjual vape hanya kerana Kerajaan Persekutuan melaksanakan cukai melibatkan peranti itu,” katanya di sini semalam.
Mohd. Jafni berkata, larangan jualan vape di premis-premis perniagaan adalah di bawah bidang kuasa pihak berkuasa tempatan (PBT) manakala kesalahan menghisap vape di tempat awam tertakluk kepada Jabatan Kesihatan.
“Setakat ini tiada PBT di negeri ini mengeluarkan lesen perniagaan kepada pihak menjual peranti vape dan produk berkaitan.
“Orang awam yang mempunyai maklumat penjualan vape berserta bahan perisa, khususnya yang mengandungi nikotin boleh membuat laporan kepada PBT. Tindakan boleh dikenakan sekiranya didapati bersalah,” tegasnya.
Pada 1 Januari 2016, kerajaan negeri menguatkuasakan undang-undang melarang menghisap vape termasuk mengambil tindakan terhadap peniaga yang didapati melakukan urusan jual beli peranti tersebut ekoran titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
Ahad lalu, kerajaan mewartakan duti eksais bagi cecair vape dengan kandungan nikotin pada kadar 40 sen setiap mililiter (ml) dalam usaha mengenakan cukai produk cecair atau gel yang mengandungi nikotin. – UTUSAN
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source