Netizen ‘Kembang Tekak’ Tengok Peniaga Guna Bekas Tong Sampah Letak Sos Celup Ayam Percik – “Bagi Free Pun Aku Takmau”
Bazar Ramadan semestinya meriah pada bulan ini dengan bermacam-macam jenis juadah yang dijual terutamanya yang sering menjadi tumpuan seperti murtabak, roti john dan ayam percik.
Namun, ayam percik yang dijual oleh salah satu peniaga di bazar Ramadan di Bayan Lepas, Pulau Pinang meraih perhatian ramai selepas ia dimuat naik oleh akaun yang mempromosikan makanan.
Menerusi video yang dikongsikan, ia mempamerkan suasana dan bagaimana ayam percik disediakan dan dimasak sebelum dijual kepada orang ramai.
Bukan saiz ayam yang menjadi tumpuan tetapi tong besar berwarna hitam digunakan peniaga tersebut untuk mengisi sos perapan ayam percik itu yang dibualkan ramai.
Kebanyakan komen daripada warganet menyentuh tentang isu kebersihan dan pemilihan tong oleh peniaga ayam percik terbabit kerana ia sinonim dengan tong sampah.
Bukan hanya itu, netizen turut mengkritik mereka kerana meletakkan tong berisi sos berkenaan betul-betul atas jalan raya tanpa alas atau diletakkan sesuatu untuk tinggikan ia.
Ada juga yang berkata tong itu tidak selamat kerana ia bukan bekas plastik yang dicipta untuk penyimpanan makanan serta mempunyai bahan kimia.
Banyak lagi bekas lain, tolonglah ye semua peniaga jaga kebersihan dan pilih bekas yang selamat untuk diletakkan makanan di dalamnya.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source