“Bukan Nak ‘Back Up’ Ira, Cuma..” – Syamsul Yusof Anggap Kedua-Dua Isteri Sumber Kekuatan
Pengarah terkenal Syamsul Yusof menganggap kemelut rumah tangga yang dihadapinya kini adalah satu bentuk tujuan dan membuatkan dia dan keluarga lebih dekat kepada Tuhan.
Memetik Utusan, Syamsul memaklumkan bahawa keadaan emosi dia dan Ira masih terkawal dan masing-masing memperbanyakkan solat meskipun mereka menerima pelbagai kecaman dari setiap sudut.
Baik Sarah atau Ira, kedua-duanya kekuatan saya. Ini adalah satu fasa ujian dalam hidup. Apa yang masyarakat luar cakap, seburuk mana pun kecaman, kita kena kuat.
Saya ada bersembang tentang kemelut yang berlaku dengan Ira. Mestilah, kami suami isteri. Alhamdulillah, semuanya masih terkawal. Kena banyakkan solat dan kuatkan semangat.
Dia dalam pada itu turut menafikan dakwaan sesetengah netizen yang mengatakan Ira sering datang ke set penggambaran dan membuat akaun palsu bagi tujuan menganggu keluarganya yang lain.
Pasal Ira buat akaun palsu, sejauh mana kebenaran itu? Bila kita bicara pasal akaun palsu susah nak buktikan. Sekali lagi anda yakin isteri kedua saya yang buat? bukan saya nak back up Ira. Cuma sejauh mana kebenaran?
Terdahulu, kemelut rumah tangga antaran Puteri Sarah dan Syamsul Yusof masih berlarutan apabila kedua-duanya masih dalam perbicaraan mahkamah bagi tuntutan cerai dan permohonan nusyuz.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source