Setahun ‘hilang’, Andi Bernadee dedah kemurungan akibat sihir
PETALING JAYA: Penyanyi dan pelakon, Andi Bernadee mendedahkan dia pernah mengalami kemurungan terlampau apabila menjadi mangsa sihir sekitar 2021.
Kongsinya, hidupnya juga menjadi kelam kabut selepas menjadi mangsa sihir sehingga memberi impak negatif besar terhadap kerjaya seninya,
“Bila terkena gangguan sihir, memang banyak perubahan dalam hidup saya sehingga sekarang. Saya sukar hafal skrip bila masuk sahaja set penggambaran. Saya seperti hilang daya ingatan.
“Disebab itu, banyak tawaran lakonan dan persmebahan pentas yang perlu ditolak. Memang itu menjadi antara sebab utama saya murung, tidak mempunyai semangat untuk bekerja.
Andi berkata demikian pada majlis pelancaran lagu rayanya bersama Ryan Bakery berjudul Raya Last Minit baru-baru ini.
Bagaimanapun, jelas Andi, dia sentiasa berusaha untuk mencari solusi mengembalikan semangat hidup dengan bercuti dan ‘hilang’ daripada media sosial.
“Setahun lebih saya berehat dari sebarang aktiviti seni. Dalam tempoh ‘healing’ itu, saya banyak bercuti. Ada ada ke Jepun untuk mencari ketenangan.
“Dalam pada masa yang sama, saya masih lagi berubat secara alternatif. Masih ada sisa gangguan tetapi tidak seperti dulu.
“Saya juga banyak berehat daripada dunia media sosial. Rasa tenang sedikit. Kadang-kadang media sosial terlalu negatif,” ujarnya.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source