Gunung di Thailand terbakar – Kosmo Digital
BANGKOK – Kebakaran hutan yang bermula di kawasan pergunungan Khao Chaplu, wilayah Nakhon Nayok, timur laut Thailand pada Selasa lalu telah merebak ke kawasan seluas 283 hektar di Gunung Khao Laem, Khao Kaew dan Khai Tabak, lapor laman berita Thaiger.
Angin kencang meniup api ke puncak Gunung Khao Laem kelmarin. Menerusi gambar yang dirakam oleh Akademi Tentera Diraja Chulachomklao di daerah Mueang, ia kelihatan seperti gunung berapi meletus.
Gabenor Nakhon Nayok, Bancha Chaowarin berkata, helikopter KA-32 dari Jabatan Pencegahan dan Mitigasi Bencana cuba memadamkan kebakaran tersebut.
Malam kelmarin, 10 jentera bomba dikerah dalam keadaan siap siaga untuk melindungi komuniti berhampiran lokasi kebakaran tetapi adalah terlalu bahaya bagi mereka memadamkan api pada waktu malam, kata Bancha.
Tiada arahan pemindahan penduduk dibuat kelmarin walaupun terdapat komuniti yang tinggal pada jarak cuma 400 hingga 500 meter dari lokasi kebakaran.
Orang ramai mendakwa terdapat banyak kem pekerja binaan sementara berhampiran gunung Khao Laem.
Setakat pukul 7 pagi (waktu tempatan) semalam, kebakaran terus merebak di kawasan meliputi 283 hektar tanah di daerah Phrommanee dan Khao Phra.
Pegunungan itu dihuni banyak spesies hidupan liar dan laporan mendapati haiwan-haiwan liar telah dikesan cuba melarikan diri daripada api. – Agensi
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source