Hafidz Roshdi Sudah Jalani Rawatan Psikiatri Di Hospital Bahagia
Pelakon Hafidz Roshdi sudah pun ke ke Hospital Bahagia, kelmarin bagi menjalani rawatan psikiatri seperti yang diperintahkan Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu pada 13 Mac lalu.
Memetik Sinar Harian, peguam Hafidz, Datuk Akberdin Abdul Kader bagaimanapun berkata belum ada keputusan dikeluarkan kerana ada beberapa prosedur rawatan yang perlu diikutinya lagi.
BACA: “Tengok Jodoh Macam Mana, Rasa Sayang 50-50” – Hafidz Roshdi
“Hafidz sudah ke Hospital Bahagia semalam bagi menjalani rawatan psikiatri itu, namun keputusan belum dikeluarkan oleh doktor kerana ada beberapa prosedur rawatan yang perlu diikutinya lagi.
“Bila keputusan pemeriksaan akan dikeluarkan bergantung kepada doktor. Cuma di pihak Hafidz, dia sudah mengikuti pemeriksaan itu sebagaimana yang diperintahkan mahkamah sebelum ini,” katanya.
Dalam pada itu, Akberdin juga memberitahu bahawa tiada halangan untuk pelakon itu bertemu dengan anak-anaknya dalam tempoh rawatan berlangsung.
Terdahulu, Hafidz mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mencederakan isterinya, Nurul Shuhada pada 2 Mac lalu. Berdasarkan pertuduhan, pelakon itu didakwa menumbuk isterinya sebanyak tiga kali sehingga mangsa mengalami luka, lebam dan bengkak di pipi kiri.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source