“Dah Macam Ulat Beluncas!” – Aliff Syukri Dah Siap Lagu Raya 2023, Kali Ini Tema Baju Melayu ‘Swimming Suit’
Usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri tidak ketinggalan untuk muncul dengan lagu raya terbaru sempena Aidilfitri yang akan disambut umat Islam tidak lama sahaja lagi.
Setiap tahun tidak terlepas untuk muncul dengan lagu terbaru, kali ini usahawan itu tampil dengan karya terbaru berjudul Cak Kun Cak Raya pula.
Meskipun dikritik tidak mempunyai suara yang sedap, namun Aliff Syukri tidak menghiraukan kecaman netizen dan terus maju ke depan bagi menghasilkan buah tangan terbaru berbekalkan keyakinannya sebagai artis nombor satu di Malaysia.
Namun, apa yang lebih mencuri perhatian adalah gaya baju yang ditonjolkan dalam video muzik lagu raya tersebut.
Kata netizen, baju Melayu yang dipakai para penari dan Aliff Syukri sendiri seolah-olah telah menjatuhkan martabat busana tradisional Melayu sejak zaman berzaman.
Manakan tidak, kali ini usahawan itu membawa konsep ‘sendat dan melekat’ seperti memakai baju renang, seperti yang didakwa netizen di media sosial.
Berikutan itu, ruangan media sosial usahawan itu dipenuhi kata-kata cacian daripada warga maya yang mungkin ‘geli geleman’ melihatkan fesyen Datuk Aliff Syukri dan ‘backup dancer’ yang turut menari seperti ulat beluncas.
Malah, ada yang menasihatkan agar Aliff Syukri untuk tidak lagi mencipta kontroversi terbaru selain lebih beramal ibadat bagi menghormati bulan Ramadan yang mulia ini.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source