Sophia AlBarakbah Akui Emosi Kacau Bilau Digelar Penyondol
Pelakon sensasi, Sophia AlBarakbah hanya mampu mendiamkan diri selepas digelar penyondol apabila dituduh mengganggu rumah tangga Bella Astillah dan Aliff Aziz.
Memetik BH Online, Sophia berkata dia mengakui emosi terganggu apatah lagi ketika itu masih dalam penggambaran, namun dia tidak boleh menutup mulut orang.
BACA: Bella Astillah Maafkan Tapi Tak Akan Lupa Perbuatan Sophia AlBarakbah
“Sejujurnya, memang sakit dan emosi jadi kacau bilau, lebih lagi, saya masih dalam proses penggambaran. Tetapi, bila emosi terganggu, saya mendapat sokongan keluarga dan pasukan produksi.
“Saya baru sahaja selesai penggambaran drama, baru-baru ini. Bila ada sokongan baik, saya tidak tertekan sangat walaupun perasaan memang sakit.
“Dan pada masa sama, kesakitan boleh digunakan ketika saya berlakon,” katanya.
Ditanya mengenai Aliff Aziz yang tidak mahu bekerjasama dengannya lagi, Sophia berkata dia menghormati keputusan pelakon itu.
“Saya tak boleh cakap apa-apa sebab Aliff berhak dengan keputusannya.
“Tetapi, kami sangat profesional biarpun orang cakap dingin atau fikir apa sahaja. Saya dan Aliff bersikap matang di lokasi sebab ini adalah kerja dan kami diberikan tanggungjawab untuk kerja,” katanya.
Dalam pada itu, Sophia berkata dia tidak serik untum bergandingan lagi dengan hero berstatus suami orang.
“Bagi saya, ia bukan bergantung pada status, tetapi sikap individu itu sendiri. Takkan hanya sebab suami orang saya nak menolak bergandingan bersama,” katanya.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source