Cipta rekod dunia penerbangan tanpa henti terpanjang
MOSCOW: Dua lelaki warga Russia memahat nama mereka dalam Rekod Dunia Guinness selepas berjaya melengkapkan misi penerbangan tanpa henti yang paling lama dengan menaiki belon udara panas.
Menurut satu kenyataan, Fedor Konyukhov dan Ivan Menyailo mendaratkan belon udara panas PhasAgro di perkampungan Khatanga, bahagian timur Semenanjung Taymyr.
Sepanjang ekspedisi itu, Konyukhov dan Menyailo berjaya menempuh perjalanan 2,540 kilometer (km) sekali gus mengatasi rekod dunia dicatatkan oleh warga Jepun, Michio Kanda sejauh 174km pada tahun 1994.
Kini dua rekod dunia iaitu bagi jarak dilalui dan tempoh penerbangan tanpa henti menggunakan belon udara panas, adalah milik Konyukhov dan Menyailo.
Jelas kenyataan itu, belon udara panas itu berlepas dari Kirovsk di wilayah Murmansk sekitar pukul 5:15 pagi (waktu tempatan) pada 24 Mac lalu.
Semasa misi itu, belon udara panas tersebut melintasi ruang udara wilayah Murmansk, Arkhangeksk, daerah berautonomi Nenets dan Yamalo-Nenets serta Krasnoyarsk krai.
Selepas terbang melintasi Dataran Putorana yang sering dilanda cuaca buruk, belon udara panas itu melakukan pendaratan tepat pukul 3.24 pagi (waktu tempatan) di landasan Lapangan Terbang Khatanga di Krasoyarsk krai pada 26 Mac lalu pada kedudukan latitud 72 darjah Utara.
Buat pertama kali dalam sejarah penerbangan dunia, sebuah belon udara panas dengan raga terbuka terbang melintasi ruang udara perairan dua lautan Artik iaitu Barents dan Kara.
Malah, penerbangan paling jauh belon udara panas melepasi Bulatan Artik juga berjaya dilengkapkan.
Dilaporkan, keseluruhan penerbangan itu berlaku di kawasan antara latitud 67 dan 72 darjah Utara.
Belon udara panas itu mencapai kelajuan maksimum 109 kilometer sejam (km/j) pada ketinggian 5,620 meter.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source