Jadikan Al-Quran sahabat baik di Bulan Ramadan Al-Mubarak
Sebut tentang sahabat, kita akan faham bahawa hubungan dengan seorang sahabat pasti sangat istimewa, akrab dan rapat. Sahabat akan saling tahu tentang diri masing-masing, mengenali dengan mendalam dan saling berdamping.
Itulah yang ingin digambarkan apabila disebut tentang bersahabat dengan Al-Quran. Sempena Ramadan yang tiba ini, marilah kita menjadikan Al-Quran sebagai sahabat yang paling rapat dengan diri kita. Jadikan mushaf Al-Quran lebih sering dipegang dan dibuka berbanding media sosial. Berpuasalah dahulu sebentar daripada hiruk pikuk dunia dan palingkan semula fokus kepada Allah Yang Satu.
Mulianya Al-Quran apabila, sahabat Rasulullah SAW, Abdullah bin Mas’ud pernah mengatakan:
“Siapa yang ingin mengetahui bahawa dia mencintai Allah dan RasulNya, maka perhatikanlah jika dia mencintai Al-Quran maka sesungguhnya dia mencintai Allah dan rasulNya.” (Atsar sahih diriwayatkan di dalam kitab Syu’ab Al Iman, karya Al Baihaqi).
Lihat, tanda mencintai Allah dan Rasul adalah mencintai Al-Quran. Cinta Al-Quran pula terzahir apabila kita kerap membaca, meneliti maksud ayat yang dibaca serta mengamalkan apa yang diketahui. Itulah tanda cinta pada Al-Quran.
Mungkin ada yang ragu-ragu untuk membaca Al-Quran kerana bacaan kurang lancar, tajwid dan makhraj sudah payah dikenal dan dilentur. Tapi tak mengapa, kerana kata baginda SAW, orang yang membaca Al-Quran dengan tersekat-sekat pun akan memperoleh dua pahala, iaitu pahala bacaan dan juga pahala kerana usaha dan kesungguhannya.
Untuk mula cinta kepada Al-Quran, tidak perlu sampai baca beberapa juz dalam satu hari (jika mampu, silakan), tapi mulakanlah dengan langkah yang mudah tetapi boleh diteruskan dalam jangka masa lama. Contohnya, anda boleh membaca satu muka surat sehari berserta terjemahannya, atau boleh juga belajar tentang satu sebab penurunannya ayat Al-Quran atau kisah di sebaliknya. Usaha lain yang boleh dilakukan juga adalah belajar satu jenis hukum tajwid setiap seminggu.
Tidak salah untuk mula kembali mendekatkan diri dengan ‘sahabat’ yang sudah lama berjauhan sempena Ramadan yang mulia. Semoga di akhirat kelak, sahabat inilah yang akan mengenali kita semula dan bersaksi pada Tuhan bahawa kita telah benar-benar memanfaatkannya.
TZKRH
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source