Puting beliung kecil ranap khemah bazar Ramadan
KLANG: Lima peniaga menjual juadah berbuka berdepan ujian pada hari keenam bulan Ramadan apabila khemah mereka diserang puting beliung kecil dekat Persiaran Hamzah Alang, di sini, semalam.
Menceritakan detik-detik kejadian itu, salah seorang peniaga, Noor Aisah Gupri, 32, dia bersama semua peniaga lain sudah menjalankan perniagaan semasa kejadian berlaku, kira-kira pukul 4.50 petang.
“Pada mulanya, hujan turun lebat selama beberapa minit sebelum puting beliung itu muncul.
“Apa yang mengejutkan apabila puting beliung datang dari arah bawah sebelum naik ke atas dan ia mengakibatkan khemah kami terbang dan rosak,” katanya ketika ditemui semasa majlis sumbangan Puteri UMNO Bahagian Kapar di rumahnya di Meru, di sini hari ini.
Dalam majlis itu, sayap parti itu menyumbang sebuah khemah perniagaan baharu serta beberapa barangan keperluan asas kepada Noor Aisah sekeluarga.
Dalam pada itu, Noor Aisah memaklumkan, puting beliung itu berlaku selama 10 minit dan akhirnya berlalu pergi kira-kira pukul 5.10 petang.
“Habis semua lauk yang hendak dijual dan meja dan khemah rosak dek penangan puting beliung itu.
“Saya rugi kira-kira RM700 dalam insiden itu, namun akan memulakan perniagaan semula esok (Khamis) kerana ini adalah satu-satunya mata pencarian saya,” katanya yang kali pertama berniaga dalam bulan Ramadan.
Sementara itu, Ketua Puteri UMNO Bahagian Kapar, Ainil Hawa Mas Fangi berkata, pihaknya terpanggil untuk membantu Noor Aisah kerana simpati dengan nasibnya sebagai ibu tunggal yang mempunyai tiga orang anak.
“Kita akan cuba bantu Noor Aisah sekiranya dia memerlukan bantuan lain,” ujarnya. – UTUSAN
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source