“Anak Trauma Sebab Apa?” – Fadzil Zahari Soal Diana Danielle, Netizen Kecam Tak Payah ‘Busy Body’
Pelakon Diana Danielle hari ini mendedahkan bahawa anak perempuannya, Nur Aurora mengalami trauma sekaligus menjawab spekulasi tentang tindakannya menghalang suami, pelakon Farid Kamil daripada berjumpa kedua-dua anaknya sebelum ini.
Perkara tersebut kemudiannya turut menjadi tumpuan adik kepada Farid Kamil, pelakon Fadzil Zahari Kamil yang ada meninggalkan komen berbaur tanda tanya mengenai pendedahan itu.
Fadzil dilihat menulis komen “Trauma sebab apa?” yang merujuk kepada Diana Danielle dan pendedahannya itu di ruangan Instagram sebuah program televisyen.
Namun begitu, soalan Fadzil itu tidak dapat diterima dengan baik sesetengah warga maya yang rata-ratanya meminta untuk tidak masuk campur dalam hal urusan keluarga abangnya itu.
Kata netizen, adalah lebih baik Fadzil bertanyakan terus kepada Diana ataupun Farid dan bukannya meninggalkan komen sedemikian sehingga menimbulkan spekulasi dan fitnah.
Diana dan Farid Kamil harini dilaporkan telah hadir secara berasingan ke Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari bagi sebutan kes perceraian yang difailkan aktres itu.
Mereka hadir ke mahkamah tersebut hari ini bagi proses perlantikan Jawatankuasa Pendamai (JKP) dan Diana turut mendedahkan bahawa anaknya, Aurora ‘trauma’ selain Farid memaklumkan bahawa dia sudah tidak bertemu anak-anaknya sejak 23 hari yang lalu.
Pasangan itu sebelum ini berkahwin pada 3 November 2012 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Muhammad,10, dan Nur Aurora yang kini berusia 7 tahun.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source