Pelaburan

Kes Penderaan Bella, Mommy Dedah Wujud “Permainan Halus” Buka Aib Lama Saksi Utama Hingga Depresi

Kes Penderaan Bella, Mommy Dedah Wujud “Permainan Halus” Buka Aib Lama Saksi Utama Hingga Depresi

rumahkabin black

Kes penderaan Bella, Mommy dedah  wujud “permainan halus” buka aib lama saksi utama hingga depression. Pasti ramai mengikuti kes penderaan remaja kurang upaya, Bella yang mendapat perhatian masyarakat.

Penderaan dialami  adik Bella ketika tinggal di  Rumah Bonda, di mana tubuhnya  melecur dijirus air panas, dicili dan lain lagi membawa asas pertuduhan kepada pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali membela diri.

Namun di saat perbicaraan kes ini sedang berlangsung,  Zurianty Sudin atau mesra dipanggil Mommy oleh adik Bella dan antara insan yang banyak membantu mendedahkan kes penderaan ini, berkongsi “permainan halus” individu lain yang cuba membuka aib lama saksi utama iaitu Yasmin yang langsung tidak ada kena mengena dengan kes dera ini.

Ada banyak beza antara aib dan jenayah. Bacalah perkongsiannya di mana katanya Yasmin mula mengalami depresi kembali selepas wujudnya sentimen halus ini.

Upah cybertrooper untuk jatuhkan maruah saksi

Kes Penderaan Bella, Mommy Dedah  Wujud “Permainan Halus” Buka Aib Lama Saksi Utama Hingga Depresi

Beberapa hari lepas, kawan saya foward pada saya satu page yang dedahkan gambar Yasmin dengan seorang lelaki dengan caption “Betul ke Yasmin di Rogol? Nak tahu cerita sebenar? Tunggu..” (saya tak letak gambar tu di sini sebab menghormati Yasmin dan keluarga masing2).

Kami sedia maklum dengan perang socmed menyerang saksi-saksi Bella ni. Kami kuat je selama ni. Tapi bagi saya, perbuatan ni terlampau jijik. Saya informed Yasmin, sebab takut dia ternampak atau tahu sendiri atau keluarga dia tahu dulu. Nanti mereka susah nak handle.

Sebenarnya, kisah silam Yasmin dah di dedahkan dengan tujuan untuk malukan dia masa dia di dalam mahkamah, di kandang saksi lagi. Dia tahan dan terus kuat melawan. Ya, apa kaitan kisah silam dengan pensaksian dia tentang apa jadi pada Bella, tapi itulah risiko dan “bayaran “ kami saksi-saksi ni kena hadap bila tekad berjuang untuk Bella.

Di aibkan, di malukan depan orang ramai di mahkamah tu. Lepas selesai je prosiding hari tu Yasmin masuk bilik saksi dan terus rebah. Mungkin dah lama sangat menahan. Ayahnya yang hadir dan duduk di galeri awam menangis tak berhenti.

Kami hanya mampu minta mereka bersabar. Dan terus kuat untuk teruskan. Yasmin teruskan sampai habis. Dan kesaksian dia telah di terima mahkamah sehingga kedua-dua pertuduhan mendapat Prima Facie. Saya peluk erat dia masa tu, ucapkan terima kasih atas kesabaran, ketabahan, dan doakan dia dapat mula hidup baru dengan bahagia.

Tapi sekarang, cybertrooper pula mereka upah. Beri gambar, beri video2, untuk aibkan saksi-saksi. Untuk jatuhkan maruah, untuk torture lagi emosi. Dah nak mula prosiding pembelaan kan, masuk je la pembelaan.

Kata tak salah, buktikan lah “kebenaran” tu. Kenapa masih terus menerus nak serang saksi-saksi yang setakat menjalankan kewajipan mereka? Boleh beza tak jenayah dan aib?

Sebab bila mereka attack saya, saya tak layan. Gunakan anak2 pun, saya malas layan. Bila dah mula attack Yasmin begini, dan Yasmin terkesan teruk, saya rasa mereka ni dah melampau.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Tidak Lagi Kurus Kering, Adik Bella Muncul Kali Pertama Bagaikan Puteri. Cantik & Makin Berisi

Pernah Dipaksa Makan Najis, Hari Ini Penentuan Kes Dera Anak Istimewa Ini. Doa Buat Adik Bella

Dituduh Abai & Aniaya Bella, SITI BAINUN Diarah Membela Diri

Yasmin ada depresi dan mula rasa tertekan…

Kes Penderaan Bella, Mommy Dedah  Wujud “Permainan Halus” Buka Aib Lama Saksi Utama Hingga Depresi

Kes Penderaan Bella, Mommy Dedah  Wujud “Permainan Halus” Buka Aib Lama Saksi Utama Hingga Depresi

Yasmin memang ada depression yang teruk even sebelum di tempatkan di Rumah Bonda. Orang yang ada depression ni semua tahu. Benda ni kita kena kawal je. Bukan boleh ubat sampai baik. Tapi bila benda-benda triggered kita begini, kita akan sakit balik..

Kami tahu, semua gambar semua video-video, hanya satu manusia je yang simpan. Jika cybertrooper pejuang ummah sebarkan, atas arahan atau permintaan seorang manusia itu. Kebanyakkan bekas penghuni RB, semua dia ada gambar2 dan video2.

Dia ambil masa penghuni sampai, dari hp penghuni. Penghuni tak di benarkan pakai hp. So dia “rampas”. Dia forensik dulu kandungan hp Budak2 ni, ambil simpan benda2 “controversy“.

Dia beritahu saya dengan mulut dia sendiri. Saya dulu pelik apa la tujuan simpan gambar2 dan video2 peribadi orang. Now saya faham. Rupanya untuk waktu-waktu begini..

Kawan-kawan saya semua marah bila Yasmin bakal di malukan begini. Posting “teaser” tu konon nak pancing lebih ramai penyokong untuk tahu aib Yasmin. Kawan2 paksa kami juga dedahkan gambar2, video2, cerita2 peribadi, cerita2 keluarga dia pula. Saya senyum dan cakap.. nak cerita pasal AIB ni. Semua orang termasuk saya sendiri ada AIB. Kita ni masih selamat sebab ALLAH yang tutup AIB kita..

“Dia buat, kita balas dan buat benda sama. Jadi, apa beza kita dan dia?”.

Saya tetap dengan pendirian, akan terus dedahkan JENAYAH. Bukan AIB. Pihak sana nak buat, lantak. Allah ada. Kami hanya perlu sabar dan kuat. Sampai kes ni habis (tak tahu bila. Saya sentiasa percaya, ada sebab Allah pilih kami untuk menjadi saksi-saksi, ulang alik mahkamah, di serang bertubi-tubi, untuk BELLA.

Doakan Yasmin sabar. Saya akan bawa dia untuk therapy. Tak semua orang mampu hadap ujian besar mcm ni. Depression kills. Jangan buat main.

Kes Penderaan Bella, Mommy Dedah  Wujud “Permainan Halus” Buka Aib Lama Saksi Utama Hingga Depresi

 

Oh ya, salah sorang peguambela dia mental health activist kan? Tapi demi anak guam, benda-benda begini “dibenarkan” dan “halal” sbb anak guam pun teruk di kecam netizen katanya. So takpe la buat pada orang lain yang struggling with depression juga kan?

Bagusss sangat “perjuangan” peguam aktivis mental health itu. Padahal ada Akta yang melindungi rekod dan sejarah penghuni rumah perlindungan especially masa kejadian dia bawah umur.

Tapi di benarkan guna serang balik individu tu sebab undang-undang mereka kan hanya melindungi anak guam yang lemah itu.. yang satu Malaysia sedang komplot nak aniaya dan jatuhkan dia tu. Special betul dia satu Malaysia ni nak perangkap dia. Soon, akan ada undang2 takleh guna hon kereta sesuka hati ke cemana? Sebab takut insan yang lemah nangis terkejut?

Doakan Yasmin kuat dan kami dapat usahakan dia di berikan therapy yang dapat bantu dia bangkit. Dia ada HAK untuk bahagia juga.

Esok, ada antara saksi-saksi pendakwaan yang membela Bella akan di panggil untuk di interview oleh peguam-peguam mereka di mahkamah. Katanya prosiding biasa untuk dapatkan maklumat dan info bagi persediaan mereka masuk pembelaan 5 Jan 2023 nanti.

Kita ingat dah cukup dah semua FAKTA, BUKTI dan SAKSI-SAKSI mereka ada. Tapi tiba-tiba, di saksi kami panggil untuk di interview pula. Saya tanya kawan-kawan peguambela kes jenayah, takde sorang pun pernah buat benda ni. . Tapi sebab dah keluar sepina, kena pergi juga. Kita bantu la mereka dapatkan fakta untuk persiapan mereka di medan “perang”. Kita cubalah jadi orang baik2 ya.

Unik betul kes ni kan. Susah betul Bella nak dapatkan keadilan di dunia ni. Di akhirat dah tentu Bella menang. Masa tu mana ada peguambela, cybertrooper segala. Tangan kamu sendiri akan ceritakan apa kamu buat pada Bella. Kena ingat tu tau.

Apapun, terima kasih atas sokongan. Dan teruskan berdoa untuk Yasmin. Dan saksi2 yang di panggil ke mahkamah walaupun pendakwaan punya side dah habisss.. kami appreciate sgt. Setiap komen kalian, semua saksi2 baca. Jadi penguat semangat mereka. Terima kasih untuk sama2 berjuang untuk anak syurga kita tu. Tak dapat kami balas kebaikan semua. Semoga Allah beri setiap kebaikan untuk korang dan keluarga korang yang menyokong dan berdoa untuk Bella dan kami. Sumber :- FB Zuriaty Sudin #justiceforbella #mentalhealth#depressionawareness

Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.

 



rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link