Henti canang isu dalaman secara terbuka, tumpu KPI Menteri UMNO
KUALA LUMPUR – Tidak sewajarnya Perhimpunan Agung UMNO 2022 (PAU) dijadikan pentas untuk menguar-uarkan isu dalaman parti kepada masyarakat umum ketika usaha pemulihan sedang giat dijalankan ketika ini.
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Shah Alam, Mohd Dendera Zamzuri berkata, tindakan itu hanya melemahkan parti, sekali gus sukar memulihkan krisis kepercayaan rakyat kepada parti Melayu itu.
“Kita tidak mahu perkara yang berkaitan dengan isu dalaman parti sering diuar-uarkan kepada masyarakat.
“Hari ini kita bersama Kerajaan Perpaduan, kita perlu memainkan peranan penting, kita tidak mahu lagi usaha untuk memecahbelahkan kedudukan institusi parti dan presiden diganggu-gugat sekali lagi.
“Kita perlu bergerak ke hadapan dan menjadi juara kepada isu berkaitan bangsa, agama, orang Melayu,” katanya kepada MalaysiaGazette di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), di sini, hari ini.
Sebaliknya Mohd Dendera menyambut baik gesaan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mahu Menteri UMNO menunjukkan prestasi yang baik kepada rakyat.
“Apabila kita berada dalam kerajaan, UMNO kena memainkan peranan semula dan mengangkat martabat isu bangsa, agama dan negara.
“Kita tak nak cerita-cerita seumpama ini (isu dalaman) dan saya nampak presiden mempunyai satu komitmen yang tinggi dengan meletakkan satu KPI kepada semua Menteri UMNO.
“Presiden mahu segala perkara yang berkaitan dengan isu rakyat, isu pendidikan, luar bandar dan sebagainya dapat dilaksanakan dengan segera,” katanya.
Dalam pada itu, kegagalan UMNO memperoleh majoriti mudah dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu tidak menghalang parti itu melakukan khidmat bakti kepada rakyat.
“Apa yang lebih penting ialah peranan yang boleh dimainkan oleh kepimpinan tertinggi terutamanya mereka yang bertaraf menteri.
“Kita hari ini kena bergerak ke hadapan dengan portfolio yang dimainkan dan diberi mandat kepada pemimpin-pemimpin kita.
“Rakyat hari ini nak melihat bahawa isu-isu yang berkaitan dengan kos sara hidup, kenaikan harga barang dapat diatasi segera,” katanya lagi. – MalaysiaGazette
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source link