Hartanah

Pemilik, pengarah syarikat ditahan kes tuntutan palsu projek ternak lembu

Pemilik, pengarah syarikat ditahan kes tuntutan palsu projek ternak lembu

rumahkabin black

ALOR SETAR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan pemilik dan pengarah syarikat berbeza berhubung kes tuntutan palsu insentif pembayaran projek penternakan lembu tenusu bernilai RM20.3 juta, lapan tahun lalu.

Pengarah syarikat berusia 51 tahun ditahan di pejabat SPRM negeri kira-kira pukul 1 tengah hari tadi diikuti pemilik syarikat berusia 52 tahun di kawasan rehat dan rawat (R&R) Simpang Renggam, Johor pada pukul 3 petang.

Menurut sumber, penahanan dua lelaki terbabit dibuat berikutan dakwaan beberapa syarikat bersubahat mengemukakan tuntutan palsu berkaitan projek penternakan lembu pada 2015.

“Tuntutan itu berkaitan insentif pembayaran bagi Projek Penternakan Lembu Tenusu di bawah Kluster Tenusu Entry Point Project 13 (EPP 13) Economy Transformation Plan (ETP) bernilai RM20.3 juta.

“Ia dibuat kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar sedangkan tiada pembekalan dilakukan,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kedah, Datuk Shaharom Nizam Abd. Manap mengesahkan penahanan itu dan kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Permohonan reman ke atas kedua-dua suspek akan dilakukan di Mahkamah Alor Setar pada esok. – KOSMO! ONLINE



rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link