13 tapak sampah haram ditutup sebelum April depan – SWCorp.
PUTRAJAYA – Sebanyak 13 tapak pembuangan sampah haram di sekitar Kuala Lumpur akan ditutup sepenuhnya sebelum menjelang April depan.
Pengarah SWCorp Wilayah Persekutuan, Ummi Kalthum Shuib berkata, buat masa ini, pihaknya akan ke semua tapak itu bagi menjalankan pemeriksaan dan pemantauan rapi.
Beliau berkata, hari ini tiga lokasi dilawati iaitu Kampung 8 Ekar, di bawah hentian rawat dan rehat (RNR) Segambut dan Taman Hock Ann, Jalan Klang Lama.
“Kami akan memastikan tapak itu betul-betul bersih tanpa sedikit pun sampah ditinggalkan selain di pagar penuh dengan tali rentang dan kain rentang amaran dipasang dengan baik supaya dapat dilihat.
“Kami juga mahu supaya Unit Penguatkuasaan Kuala Lumpur membuat rondaan yang lebih kerap, supaya lokasi kekal bersih dan kes pembuangan sampah secara haram oleh penjenayah alam sekitar tidak berulang,” katanya menerusi kenyataan hari ini.
Ujarnya, pihaknya juga mengingatkan supaya rondaan ke kawasan perumahan dan rumah-rumah yang sedang diubahsuai kerap dilaksanakan.
Ummi Kalthum berkata, pihaknya mendapati sisa binaan adalah sisa yang paling banyak dijumpai pada tahun lalu. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source link